Projek Rumah Hijau 1

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada permulaanya telah memulakan pemindahan teknologi kepada masyarat setempat. Pada akhir tahun 2009, pihak UniMAP telah melancarkan Projek Pengeluaran Sayur-Sayuran Menggunakan Teknologi Rumah Hijau dan Sistem Fertigasi Untuk Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
Pada peringkat awal, UniMAP telah mengenalpasti tiga (3) buah sekolah menengah di Negeri Perlis iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP), Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad (SMKDSA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara (SMKPBU).
Kerja-kerja pemasangan kerangka struktur rumah hijau dengan menggunakan ultragal galvanised steel tubes sedang dijalankan.
Kerja-kerja tersebut diteruskan

Kerangka struktur yang telah siap. Bumbungnya pula menggunakan transparent thermic film with more than 95% light transmission, UV stabilized, anti-static, anti-condensation, 180-200 microns in thichness, polythylene material. Bahan tersebut mempunyai jangkahayat lebih lima (5) tahun. Dinding/skrin kalis serangga pula uv stabilised white color, polythlene material precise wooven, anti-static good light/air transmission of 800 microns mesh dan juga mempunyai jangkahayat lebih dari 5 tahun.


Rumah Hijau ini mampu menampung tanaman sebanyak 155 pokok.