Projek Rumah Hijau 9

Y. Bhg. Brig. Jen. Dato' Prof Dr. Kamarudin Bin Hussin, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis telah dijemput hadir untuk menyempurnakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang, Hari Tunas Usahawan dan pelancaran Taman Teknologi Hijau di SMK Padang Besar (U), Perlis pada 14 Julai 2010
Y. Bhg. Dato' VC sedang membuat pemeriksaan kawalan kehormat Kadet Polis




Y. Bhg. Dato' sedang menyampaikan amanat kepada para ibubapa, guru-guru serta pelajar dan seterusnya merasmikan majlis yang diadakan.

Y. Bhg. Dato' membuat lawatan ke Projek Rumah Hijau yang telah disumbangkan oleh UniMAP dan sempena lawatan tersebut, beliau telah menanam pokok tomato di mana ianya merupakan pusingan tanaman yang ke-4 bagi SMKPBU. Pusingan pertama-kobis bunga, pusingan ke-2 ialah timun jepun manakala pusingan ke-3 ialah muskmelon. Tahniah!

Ini adalah pokok tomato oscar yang ditanam oleh Y. Bhg. Dato' VC.

Pokok muskmelon yang merupakan tanaman pusingan ke-3 bagi SMKPBU yang sedang membesar pada masa ini.

Y. Bhg. Dato' VC bergambar kenangan dengan Tuan Pengetua, En. Abdul Rashid Sulaiman (5 dari kiri), para guru sekolah, pengerusi PIBG serta Pengarah Unit Pembangunan Agroteknologi, UniMAP, PM Dr. Mahmad Nor Jaafar.

Sebahagian daripada ahli Kelab Agrotek SMKPBU yang terlibat di dalam Projek Rumah Hijau.